Sunday, January 30, 2011

Bau badan...??? Apa fungsi PB...???



Q-salam, nak tanya sikit. Saya pakai premium beautiful sejak bulan may tahun lepas. Badan saya mmg kuat berbau. Mula2 pakai dulu, rasanya kurang. Skrg ,mungkin ada balik. sbb org tutup hidung bila duduk dkt saya. Mcm mana ya? badan saya tak la banyak sgt berpeluh. Yg toksik tu mungkin betul la kot, sbb sangat kurang minum air. ok, terima kasih luangkan masa jawab soalan saya. tqvm

A-Semasa pemakaian Premium Beautiful, anda akan mengalami proses penyahtoksid dari dalam badan- bergantung kepada tahap kesihatan badan anda. Jangan risau jika anda mengalaminya- sebab ianya adalah positif kerana ia petanda penyakit anda dibongkarkan dari dalam badan dan akhirnya di lenyapkan terus dari badan. Baju ini bukan sahaja untuk kecantikan malahan untuk kesihatan. Jangan panik jika berlaku Healing Crisis ini, ia adalah kes normal bagi kami. FIR mempunyai keupayaan untuk membuang toksid didalam badan. FIR boleh menembusi jauh kedalam kulit kita dan membantu memberi tenaga untuk penyah toksid melalui pembuangan peluh, air kencing dan pembuangan angin (sendawa dan kentut). Molekul air yang memerangkap toksid, mula bergetar dan seterusnya mula meleraikan ikatan molekul air seterusnya penguraian tindakbalas toksid juga berlaku.

Anda disarankan agar minum 3Liter air kosong (8 gelas air sehari) serta mengamalkan gaya hidup sihat. Sebaiknya juga, ambil banyak buah-buahan dan sayuran.


"....The beneficial therapeutic effects of far infrared thermal 
therapy garments include: * lessening of body odour and
perspiration of area under treatment..." -rujukan FIR therma therapy Japan.
 
 
Apakah yang dimaksudkan dengan bau badan?
  • Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau
  • Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari
bau badan
Adakah terdapat individu tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan?
  • Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan
  • Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan
Apakah tanda-tanda individu mendapat bau badan?
  • Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh
  • Bau badan hilang selepas mandi
Adakah terdapat rawatan untuk mengatasi masalah bau badan?
  • Gunakan sabun anti bakteria
  • Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)
Bagaimana individu boleh mengurangkan masalah bau badan?
Di antara petua untuk mengurangkan bau badan:
bath
  • Kerapkan mandi
  • Selalu menukar pakaian
  • Memakai pakaian yang bersih
  • Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera
  • Mencukur bulu ketiak
  • Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari

*Petikan dari--> Info sehat-dari Bahagian Pendidikan kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

thanks, courtesy of beautiful2u.blogspot.com 


No comments:

Post a Comment